Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 20200616 1234381WhatsApp Image 2020 06 16 at 16.19.09

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2020 - Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-62, Pengerusi Persatuan Buddha TUDM, Kol Tan Chee Seng TUDM bersama dengan Timbalan Pengerusi Malaysian Armed Forces Chinese Veterans Association – RMAF (MACVA – RMAF), En Joe Pie Chong Seng telah menghulurkan sumbangan kepada The Most Ven. Datuk K. Sri Dhammaratana yang merupakan Founder & Advisor kepada Rumah Anak-Anak Yatim dan Rumah Warga Tua di bawah naungan Persatuan Kebajikan Ti-Ratana (Ti-Ratana Welfare Society).

Sumbangan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban seramai 280 penghuni di premis tersebut yang turut terjejas dengan kesan Pandemic Covid-19. Lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara orang awam dan tentera serta menyemarakkan kewibawaan TUDM demi kesejahteraan rakyat.