Kemaskini Terakhir: Sabtu,11 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2020 – Suatu acara sederhana Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Sekretariat, Markas Tentera Udara telah dilaksanakan hari ini di Bilik Mesyuarat Rajawali, MTU.

Upacara serah terima tugas di antara Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM dengan Lt Kol Hairuddin bin Yusof TUDM ini disaksikan oleh Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Haji Abdul Manaf TUDM.

Seluruh warga Sekretariat mengucapkan terima kasih kepada Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan PS 1 Sekretariat. Tahniah juga diucapkan kepada Lt Kol Hairuddin bin Yusof TUDM yang diamanahkan menggalas tanggungjawab baharu sebagai PS 1 Sekretariat dan selamat kembali bertugas di Sekretariat, MTU.