KUCHING, 25 Jun 2020 – Satu Majlis Penyerahan Sumbangan Asnaf dan Anggota/Waris Pesakit Kronik dari pihak TUDM telah diadakan di Dewan Setia PU Kuching. Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM.
Usaha murni ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu anggota/waris keluarga dalam meringankan beban yang ditanggung mereka dan keprihatinan pihak pangkalan terhadap kebajikan anggota.