KUANTAN, 29 Jun 2020 – Bertempat di Bilik Pergerakan Udara PU Kuantan telah berlangsungnya majlis serah terima tugas Ketua Skn 213 HANDAU PU Kuantan. Majlis serah terima tugas tersebut disaksikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM.
Kapt Muhd Zulkifli bin Mat Nawi TUDM telah menyerahkan tugas sebagai Ketua Skn 213 HANDAU kepada Mej Ileyas bin Mat Zin TUDM bermula 29 Jun 2020 secara rasminya.
Turut diadakan majlis pemakaian pangkat dua pegawai yang dinaikkan pangkat Kapt TUDM kepada Mej TUDM iaitu Mej Ileyas bin Mat Zin TUDM, Ketua Skn 213 HANDAU dan Mej Azizul bin Adnan TUDM, Pegawai Skn 320.