Kemaskini Terakhir: Sabtu,11 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123 

SUBANG, 26 Jun 2020 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawang Operasi antara Lt Kol Mohd Shahfeen bin Baba TUDM dan Lt Kol Noor Azam bin Mohd Nordin TUDM telah diadakan di Bilik VIP 2 Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang. Majlis disaksikan oleh Komander Pangkalan iaitu Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM dan Pegawai Memerintah Skuadron Penerbangan serta Ketua-Ketua Cawang Pangkalan Udara Subang.

Lt Kol Mohd Shahfreen TUDM telah bertukar keluar dan membuat tugas selaku PS1 Kurikulum MPPLU, PU Sendayan. Warga Subang mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan disepanjang perkhidmatan beliau di pangkalan ini. Semoga beliau terus berjaya di tempat baharu.