Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200701 WA0003

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2020 - Sebagai menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warganya, Markas Tentera Udara (MTU) telah mengenalpasti pegawai dan anggotanya yang layak menerima bantuan sumbangan daripada Tabung Kebajikan ATM dan TUDM iaitu Kapt Wan Mohd Haffis bin Wan Mohd Shaupil TUDM dari Cawangan Istiadat dan Sjn U Mohd Azrul Rezman bin Mat Dang dari MTU-BSM.

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah MTU, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM serta turut dihadiri Pengarah Perkhidmatan, PS 1 Sekretariat dan juga Pegawai Tadbir MTU.

Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban serta sebagai tanda sokongan moral dan penguat semangat kepada mereka yang diuji dengan peristiwa yang mendukacitakan. Semoga mereka diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian dan digantikan musibah dengan perkara yang lebih baik.