Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0155DSC 0160DSC 0169DSC 0693DSC 8731DSC 8844DSC 8890DSC 9098DSC 9142DSC 9215DSC 9316DSC 9464 

GONG KEDAK, 2 Julai 2020 – Inspektorat TUDM telah mengadakan audit tahunan ke atas Pangkalan Udara Gong Kedak bermula 29 Jun hingga 2 Julai 2020. Audit telah dimulakan dengan Taklimat Pra Audit oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM yang telah dihadiri oleh Inspektor Jeneral Tentera Udara (IJTU), Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM; Pengarah Inspektorat TUDM, Kol Tan Chee Kee TUDM, Ketua-ketua Tim Audit Inspektorat TUDM dan Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Gong Kedak bertempat di Bilik Mesyuarat No. 12 Skuadron.

Tim audit telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pengauditan ke atas Kesiagaan (Readiness) dan Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Keselamatan (Safety Management) dan Pengurusan Penerbangan, dan kesiagaan pengurusan bantuan termasuk melakukan pemeriksaan pengurusan dan teknikal ordnan bahan letupan.
Pemeriksaan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM supaya kekurangan dan kelemahan pangkalan atau unit di dalam ketiga-tiga pengauditan iaitu keselamatan, kesiagaan dan pengurusan dapat dikenal pasti dan segera diperbetulkan.

IJTU juga turut berkesempatan untuk melihat sendiri pengoperasian serta segala isu dan cabaran yang dihadapi skuadron dan cawang.

Audit telah diakhiri dengan Taklimat Pasca Audit pada 2 Julai 2020 yang telah disampaikan oleh Tim Inspektorat TUDM kepada pihak pangkalan berkenaan beberapa teguran dan cadangan bagi penambahbaikan yang boleh diambil di masa hadapan.