Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 07 09 at 14.10.43 1WhatsApp Image 2020 07 09 at 14.10.43WhatsApp Image 2020 07 09 at 14.10.44

BUTTERWORTH, 7 Jul 2020 – Bertempat di Blok Bujang No. 15 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth telah diadakan Majlis Gotong-Royong dan Perasmian Taman Burung yang dirasmikan oleh Pegawai Memerintah No. 15 Skn, Lt Kol Shamsul Shahreen bin Isa TUDM.

Dalam majlis yang dihadiri oleh beberapa pegawai-pegawai skuadron serta anggota Blok Bujang No 15 Skn ini turut diadakan jamuan BBQ serta persembahan dari anggota bujang No 15 skn.

Ini merupakan antara inisiatif skuadron bagi mewujudkan perasaan tanggungjawab ke atas satu sama lain disamping memupuk aktiviti sihat dalam kalangan warga skuadron.

Di samping itu, Pegawai Memerintah juga turut membuat lawatan ke bilik-bilik anggota bujang bagi mengenal pasti kediaman mereka bersih dan kerosakan-kerosakan telah diambil tindakan sewajarnya.