Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

15.49.0215.49.03217.12.21DSC 8619DSC 8654

KUANTAN, 10 Julai 2020 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato' Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM di Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) yang turut diiringi oleh AKS J3 Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM.

Dalam kesempatan tersebut, Panglima Angkatan Bersama telah dibawa melawat ke bilik operasi Regional Air Operation Center 1 (RAOC 1) yang terdiri dari 3 sel utama iaitu Air Monitoring Cell (AMC), Air Tasking Cell (ATC) dan Air Defence Cell (ADC). RAOC 1 telah beroperasi sepenuhnya sebagai bilik operasi ACC Barat di MAWILUD 1 untuk Op BENTENG pada 15 Jun 20.