Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1052DSC 1058DSC 1064DSC 1082DSC 1102DSC 1115

GONG KEDAK, 13 Julai 2020 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada 10 orang anggota LLP yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM di Foyer Markas Pangkalan.

Anggota yang dinaikkan pangkat terdiri dari anggota No 12 Skn, Cawang Kejuruteraan dan Cawang Tadbir. Seorang anggota dinaikkan pangkat ke FSjn manakala sembilan orang angota berpangkat Kpl U dinaikkan ke pangkat Sjn U.

Turut hadir Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM dan anggota Cawang Tadbir Pangkalan.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga dengan kenaikkan pangkat akan memberi semangat kepada anggota untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta berusaha gigih dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan tanggungjawab tugas yang dilaksanakan.