Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2375DSC 2445DSC 2454DSC 2469DSC 2497DSC 2549

GONG KEDAK, 18 Julai 2020 – Bertempat di Rumah BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra bersama Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Haniza binti Meor Hashim.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk sesi ramah mesra dan dialog antara Ketua Biro BAKAT bersama Ahli Jawatankuasa BAKAT Pangkalan dengan Pengerusi BAKAT Pangkalan yang telah menggantikan Puan Nilly Wahida binti Omar Sudi.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM dan diteruskan dengan taklimat oleh Pegawai Penasihat BAKAT Pangkalan, Lt Kol Zulkifli bin Shafie TUDM yang telah menggantikan Lt Kol Badrul Hisyam bin Md Nor TUDM dan seterusnya diakhiri dengan lawatan ke Amal Shoppe BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak.

Turut hadir Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM bersama isteri, Puan Nor Sela binti Yahya selaku Timbalan Pengerusi BAKAT Pangkalan, Ketua-ketua Biro BAKAT Pangkalan dan Ahli JawatanKuasa BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak.