Kemaskini Terakhir: Jumaat,14 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2702DSC 2722

GONG KEDAK, 21 Julai 2020 – Bertempat di Hangar No 12 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah No 12 Skn diantara Lt Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM dengan Lt Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM turut disaksikan oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM.

Seluruh warga Pangkalan Udara Gong Kedak dan warga No 12 Skuadron mengucapkan terima kasih kepada Lt Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM diatas jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan Pegawai Memerintah No 12 Skuadron. Beliau akan berkursus di Joint Services Command and Staff College (JSCSC), United Kingdom selama setahun mulai 27 Jul 20 hingga 29 Jul 21.

Tahniah diucapkan kepada Lt Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM yang diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah No 12 Skuadron. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.