Kemaskini Terakhir: Jumaat,14 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 07 24 at 14.30.37WhatsApp Image 2020 07 24 at 14.30.38

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2020 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Haji Mohd Suhaimi bin Haji Sahri TUDM mewakili Panglima Tentera Udara menziarahi Kpl U Muhammad Zulhilmy bin Ismail yang sedang menerima rawatan di Bangunan Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman, Hospital Kuala Lumpur.

Kpl U Muhammad Zulhilmy bin Ismail yang bertugas di Depoh Materiel Utama, Pangkalan Udara Subang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat kemalangan jalan raya pada 13 Jul 20 lalu dan masih tidak sedarkan diri hingga ke hari ini.

Dalam lawatan ini, Brig Jen Haji Mohd Suhaimi bin Haji Sahri TUDM menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM serta Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) berupa barangan keperluan untuk kegunaan anggota di wad. Sumbangan ini diterima oleh isteri anggota iaitu Puan Nur Amirah binti Rahmat.

Seluruh warga TUDM mendoakan semoga keluarga Kpl U Muhammad Zulhilmy bin Ismail tabah menghadapi ujian ini dan anggota diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.