Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3286DSC 3385DSC 3478DSC 3487DSC 3538DSC 3550DSC 3559DSC 3560DSC 3565

GONG KEDAK, 3 Ogos 2020 – Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Raudhah telah mengadakan Ibadah Korban dan Aqiqah 2020M/1441H yang telah diadakan di Masjid Ar-Raudhah Pangkalan Udara Gong Kedak.

Acara dimulakan dengan penyerahan pisau sembelihan daripada Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM kepada Pegawai Agama Pangkalan, Mej Anuar bin Mat Zain sebagai simbolik program Ibadah Korban pada tahun ini.

Sebanyak 6 ekor lembu telah ditumbangkan pada program ini. Pengagihan daging korban kepada anggota dan penduduk kampung Beris Pak Abu yang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan dan Yang Dipertua Masjid Ar-Raudhah, Lt Kol Suhardi bin Mohd Daud TUDM.

Turut hadir sama memeriahkan program ibadah korban adalah Pegawai Ekekutif, Pegawai-pegawai dan anggota serta penduduk kampung sekitar Pangkalan Udara Gong Kedak.