Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

20200804 115007

BATU CAVES, 4 Ogos 2020 - Sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-62, TUDM sekali lagi telah menghulurkan sumbangan kepada Persatuan Kebajikan OKU Hati Berganda Selangor, Batu Caves, Selangor yang dihuni oleh 21 Orang Kurang Upaya (OKU).

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Buddha TUDM,Kol Tan Chee Seng kepada Cik Liew Lah Yee yang merupakan Pengurus kepada rumah kebajikan tersebut agar ia dapat membantu meringankan bebanan mereka dalam menghadapi wabak pandemik COVID-19. Lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara anggota awam dan tentera serta menyemarakkan kewibawaan TUDM demi kesejahteraan masyarakat.