Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3435WhatsApp Image 2020 08 07 at 08.24.04 1WhatsApp Image 2020 08 07 at 08.24.04WhatsApp Image 2020 08 07 at 08.24.0520200805 120306WhatsApp Image 2020 08 07 at 08.24.08

SUBANG, 6 Ogos 2020 - Markas Tentera Udara Bahagian Kejuruteraan telah menganjurkan Bengkel Sekolah Sistem Pesawat dan Pertahanan Udara TUDM bagi Tahun 2020 di Kelab Golf Tentera Udara (KRTU) bermula pada 4 hingga 6 Ogos 2020.

Bengkel yang dihadiri oleh 35 pegawai dan 15 anggota LLP dari Sekolah Sistem Pesawat dan Pertahanan Udara seluruh TUDM ini diadakan bertujuan untuk menetapkan piawaian khidmat latihan kejuruteraan di semua institut latihan kejuruteraan dan sekolah sistem TUDM seiring dengan polisi kejuruteraan.

Di samping itu ianya adalah bagi menerangkan secara terperinci berhubung ‘Technical Airworthiness Advisory Circular (TAAC)’ yang dikeluarkan oleh pihak DGTA berhubung dengan penerbitan ‘Regulation 7 MSAR 66 state Aircraft Maintenance License’ dikalangan pegawai kejuruteraan dan juruteknik pesawat TUDM.

Pengisian bengkel ini telah disampaikan oleh DGTA yang diketuai oleh Pengarah TAQR, Lt Kol Sah Rurazi Bin Ahmad TUDM manakala majlis pembukaan bengkel telah disempurnakan oleh AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato ' Dr Md Zaki Bin Md Zain TUDM.