Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0022DSC 0038DSC 0061DSC 0104DSC 0116

SENDAYAN, 12 Ogos 20 – Institut Kepakaran Kejuruteraan (IKK) julung kalinya mengadakan SYMPOSIUM INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0 AVIATION TECHNOLOGY di Audiotirium Melati, Pangkalan Udara Sendayan.

Symposium ini diadakan bagi memenuhi salah satu objektif Penubuhan IKK iaitu menjalinkan kolaborasi dengan agensi atau institusi luar bagi meningkatkan tahap keupayaan melaksanakan program latihan kepakaran berpandukan kepada teknologi serta aplikasi terkini.Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Berbahagia Mej Jen Dato Dr Md Zaki bin Md Zain Tudm, Asistant Ketua Staff Kejuruteraan mengenai hala tuju bahagian kejuruteraan TUDM.

Symposium pertama yang bertajuk 3D Laser Tracker And Scanner Technology – Impact to RMAF Training and Specialist disampaikan oleh En Mohd Rezza Zurin bin Khadiran wakil dari Syarikat Faro Singapore PTE LTD yang berkongsi maklumat berkenaan teknologi terbaru tersebut. Symposium diteruskan dengan tajuk kedua iaitu Technology And Best Practises For Developing It Solution yang telah disampaikan oleh En Ts Khairul Amri bin Yunus pemilik dan CEO Syarikat KometSoft (M) SDN BHD.

Symposium ini turut dihadiri oleh Brig Jen Samir bin Abas TUDM Ketua Pengarah Dgta, Brig Jen Ir. Mohammad Razif bin A. Samad TUDM Ketua Staff Sistem MPBU dan pegawai-pegawai Kejuruteraan seramai 23 orang.