Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200814 WA0057IMG 20200814 WA0040IMG 20200814 WA0042IMG 20200814 WA0043IMG 20200814 WA0044IMG 20200814 WA0045IMG 20200814 WA0046IMG 20200814 WA0047IMG 20200814 WA0048IMG 20200814 WA0049IMG 20200814 WA0050IMG 20200814 WA0051IMG 20200814 WA0052IMG 20200814 WA0053IMG 20200814 WA0054IMG 20200814 WA0055IMG 20200814 WA0056

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2020 - Seramai 31 peserta kursus dari Markas/Pangkalan /Unit TUDM, terdiri daripada 16 pegawai dan 15 anggota LLP dari pelbagai cawangan dan ketukangan telah menamatkan Kursus Pengacara Majlis (Lanjutan) TUDM yang berlangsung selama empat hari mulai 11 hingga 14 Ogos 2020. Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Pengacara Majlis (Lanjutan) TUDM telah disempurnakan oleh Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM, Pengarah Perkhidmatan mewakili Asisten Ketua Staf Tadbir.

Penganjuran kursus ini telah diluluskan oleh Board of Governor (BOG) atau Lembaga Gabenor Pendidikan dan Latihan TUDM. Penganjur kursus iaitu Sekretariat D dan MTU-Perkhidmatan sebagai penyelaras kursus secara keseluruhan dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan kursus ini bagi mencapai objektif kursus yang telah ditetapkan. Antara objektif kursus ini adalah memberi pendedahan, latihan dan kefahaman kepada para peserta untuk lebih yakin berucap di hadapan khalayak ramai, selain menjadi pengacara majlis yang berilmu, beretika dan "versatile".

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan dan perkongsian pengalaman daripada penceramah jemputan yang berpengalaman iaitu Tuan Hj Sophian bin Abd Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara bagi pengacaraan melibatkan protokol majlis rasmi dan Tuan Hj Mohammed Shahril bin Sarapudin dari RTM bagi mengasah kemahiran pengacara majlis yang serba boleh (“Versatile”).

Kursus ini juga menggabungkan pengacaraan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris supaya para peserta kursus boleh diketengahkan mengacara majlis rasmi di peringkat TUDM khususnya melibatkan jemputan tetamu luar negara.

Penganjuran kursus ini adalah satu platform bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang pengacaraan di samping meningkatkan pengetahuan peserta kursus dalam ilmu pengacaraan secara "formal" dan "informal". Tugas sebagai pengacara majlis adalah tugas yang tidak terkecuali kepentingannya kerana "pengacara majlis" secara tidak langsung menjadi "duta" yang membawa nama baik organisasi di dalam sesuatu majlis.

Tahniah kepada semua peserta Kursus Pengacara Majlis (Lanjutan) TUDM tahun 2020. Semoga dengan penganjuran kursus ini, diharapkan para peserta dapat melaksanakan tugas sebagai "Master of Ceremony", dan menjadi barisan pelapis yang dapat mengacara dan mengawal perjalanan majlis di peringat TUDM khususnya dan ATM amnya dengan lancar dan sempurna.