Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 08 18 at 16.40.11 1WhatsApp Image 2020 08 18 at 16.40.11

GONG KEDAK, 17 Ogos 2020 – Lawatan dan Pemeriksaan Keselamatan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) telah diadakan ke atas Pangkalan Udara Gong Kedak oleh Tim Pemeriksaan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Kelantan. Lawatan Pemeriksaan telah diketuai oleh Tuan Hj Mohamad Foudzli bin Abdullah, Pengarah Keselamatan Kerajaan dan turut sama semasa lawatan adalah DSP Mohd Azman bin Ismail, Pegawai Turus Cawangan Khas (E6) IPK Negeri Kelantan.

Lawatan dan Pemeriksaan telah dimulakan dengan taklimat ringkas Pangkalan yang disampaikan oleh Mej Sukri bin Mamat TUDM, Pegawai Risik Pangkalan dan turut hadir sesi taklimat adalah Komander Pangkalan dan Pegawai Laksana Pangkalan. Tujuan Lawatan dan Pemeriksaan adalah untuk menentukan pematuhan prosedur dan kriteria yang digariskan mengikut Akta 298 Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.