Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 8570IMG 8572IMG 8578

GONG KEDAK, 25 Ogos 2020 – Sekolah Sistem SU-30MKM No 12 Skuadron telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Teknikal Barisan Pertama Siri 27/2020 yang dirasmikan oleh Ketua Flait Kejuruteraan No 12 Skn, Lt Kol Suhardi bin Mohd Daud TUDM.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan awal dan seterusnya pemahaman menyeluruh berkenaan aspek-aspek teknikal pesawat yang melibatkan latihan senggaraan di peringkat Organisation Level Maintenance (OLM) pesawat dan juga peralatan dokongan berkaitan kepada anggota mengikut ketukangan yang telah ditetapkan.

Seramai 16 orang pelatih terdiri daripada 14 anggota LLP dan dua orang pelatih dari pihak ATSC akan mengikuti kursus yang diadakan selama 4 bulan bermula dari 3 Ogos 2020 hingga 13 Nov 2020.

Turut hadir Pemangku Ketua Cawang Kejuruteraan, Mej Norhisham bin Mohd Noor TUDM, Pegawai Latihan Teknikal Sekolah Sistem No 12 Skuadron, Kapt Lim Chin Han TUDM, Head of Division STC – ATSC, Lt Kol (B) Pidrus bin Hasan dan Pegawai Waran Skuadron/Cawang.

Sepanjang kursus berlangsung semua penuntut kursus, penyelia serta staf-staf Sekolah Sistem SU-30MKM No 12 Skuadron diwajibkan memakai topeng pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial bagi mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).