Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

KUANTAN, 24 Ogos 2020 - Markas Wilayah Udara 1 telah mengkoordinasikan Latihan RMAF Tactical Operation (TACOP) 2020 pada 17 hingga 21 Ogos 2020. Pangkalan Udara Subang dijadikan sebagai mounting base, manakala Pangkalan Udara Gong Kedak beroperasi sebagai forward base. DZ Nangka telah digunakan sebagai kawasan hantaran.

Latihan ini telah disertai oleh No 1 Skuadron, No 10 Skuadron, No 14 Skuadron, No 20 Skuadron, Tim Seksyen Hantaran Udara dan AD Markas 10 Briged Para serta elemen sokongan daripada unit-unit lain. Sepanjang Latihan, sebanyak 3 HE, 19 CDS dan 6 LCLA beserta 8 jumpers telah berjaya dilaksana dalam 17 misi yang ditugaskan. Pencapaian misi latihan adalah 100%.

Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM turut serta mengikuti satu penerbangan latihan untuk melihat dengan lebih dekat pengoperasian misi yang ditugaskan. kesemua objektif Latihan terutama menyediakan status kesiapsiagaan anakapal telah berjaya dicapai.