Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7688DSC 7867DSC 7983DSC 8233DSC 8244DSC 8284

GONG KEDAK, 26 Ogos 2020 – Program RMAF Tools Down Day 2020 yang julung kalinya telah dilaksanakan secara serentak di seluruh pangkalan/unit TUDM dengan menggunakan Persidangan Video (video conference) dan telah disempurnakan dengan rasminya oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.

Warga pangkalan telah berkumpul di Hangar No 12 Skn bagi menyaksikan Program perasmian RMAF Tools Down Day 2020 secara persidangan video yang dipancarkan terus dari Dewan Ababil, PU Subang. Semua anggota yang hadir telah mematuhi SOP PKPP yang dimana semua anggota yang hadir menjaga penjarakan sosial serta memakai topeng pelitup muka.

Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) turut dijadualkan terlibat dengan lintas langsung secara persidangan video menggunakan aplikasi Webex bagi mengulas tentang program keselamatan yang sedang dijalankan di pangkalan.

PUGK telah melaksanakan Minggu Keselamatan Pangkalan mulai 24 hingga 28 Ogos 20 yang berkonsepkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH). Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Minggu Keselamatan ialah Ceramah Kebakaran berkenaan keselamatan, pencegahan dan punca kebakaran di pejabat dan kediaman yang telah disampaikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Puteh, En Azhar Elmi bin Mustafa, Turut diadakan pada 25 Ogos 20, adalah Mega FOD Sweep dan Ceramah Anti Dadah berkenaan “Ancaman Dadah Semasa” yang disampaikan oleh En Mohd Nordin bin Harun, Pegawai AADK Daerah Pasir Puteh Kelantan. Seterusnya program diteruskan lagi dengan Ceramah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang disampaikan oleh En Mohd Faiss bin Juhari, Pegawai Pemeriksaan Kilang dan Jentera Negeri Kelantan. Selain itu juga turut diadakan demontrasi Medical Responses oleh RSAT, Bomba pangkalan dan anggota dari Skn 212 HANDAU.

Majlis Penutupan Rasmi Program Minggu Keselamatan Pangkalan telah disempurnakan oleh Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM dan pada majlis tersebut turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan melukis Poster Keselamatan, Menulis Essei Keselamatan dan Pertandingan Booth Keselamatan. Pertandingan melukis Poster Keselamatan dimenangi oleh oleh Lt Mohd Zaki bin Fauzi TUDM dari Cawang Operasi, Pemenang bagi Pertandingan Menulis Essei Keselamatan disandang oleh LU I Ahmad Naaimullah bin Che Nasir dari No12 Skuadron dan Pertandingan Booth Keselamatan di menangi oleh Skuadron 212 HANDAU.