KUCHING, 26 OGOS 2020 – Pangkalan Udara Kuching telah mengadakan ‘Tools Down Day’ di Dewan Sri Angkasa pangkalan yang merupakan satu program keselamatan peringkat TUDM bagi tahun 2020 dan buat julung kalinya diadakan secara serentak melibatkan semua pangkalan dan unit TUDM di seluruh Malaysia.
Sepanjang Program minggu keselamatan yang bermula pada 21 Ogos hingga 26 Ogos 2020 ini, pelbagai program diadakan seperti Mega FOD di Dispersal Area, Cawang Operasi, Ceramah kesihatan pergigian, Ceramah keselamatan jalanraya, Ceramah kebakaran dan RMAF Tools Down Day yang dilaksanakan pada 26 Ogos 2020 secara serentak di seluruh peringkat TUDM yang dirasmikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.
Selepas upacara Perasmian turut diadakan pertandingan poster dan video keselamatan setiap skuadron dan penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM
Semua anggota yang hadir ceramah keselamatan sepanjang minggu ini telah mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) di mana semua anggota yang hadir menjaga penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.