Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200828 WA0029IMG 20200827 WA0106IMG 20200828 WA0030

BUTTERWORTH, 27 Ogos 20 – Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Pulau Pinang Bil 1/2020 telah berlangsung di Wisma Perwira Pangkalan Udara Butterworth.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Panglima Markas Briged Ke Enam Infantri Malaysia, Brig Jen Dato' Haji Mohd Halim Bin Khalid dan Ketua Polis Negeri IPK Pulau Pinang, YDH CP Dato' Sahabudin Bin Abd Manan dan Komander Pangkalan, Brig Jen Shaiful Azuar Bin Ariffin TUDM selaku ahli mesyuarat tersebut serta agensi-agensi awam yang lain turut hadir bersama.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menjalin kerjasama dalam penyelarasan kerjasama keselamatan antara agensi di Pulau Pinang dan perbincangan isu-isu keselamatan termasuk Ops Benteng serta membincangkan hal-hal lain untuk menjalin kerjasama pada masa akan datang.