Kemaskini Terakhir: Sabtu,31 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 2722DSC 2767DSC 2773DSC 2798DSC 2806DSC 2826DSC 2828DSC 2873DSC 2885DSC 2947DSC 2968DSC 2970DSC 2977

 

KUANTAN, 31 Ogos 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan bercemar duli berangkat pada Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Stadium Sukpa, Indera Mahkota.

Sambutan yang disambut dalam norma baharu ini bermula kira-kira jam 8.30 pagi dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama (KKU) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Kumpulan KKU dari Pangkalan Udara Kuantan terdiri daripada tiga (3) Pegawai, diketuai oleh Mej Mohd Rafiq bin Rahmad TUDM, Ajutan KKU iaitu Kapt Ziqry bin Rahmat TUDM, Pegawai Panji-panji No. 10 Skuadron iaitu Lt Mohd Azrul Amri bin Ibrahim TUDM, SMR Panji-panji iaitu PW U I Bakri bin Kamaruddin dan 103 anggota Lain-lain Pangkat (LLP).

Acara sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan Pancaragam Pusat TUDM di bawah pimpinan Lt Sabri bin Hamil TUDM dan 60 anggota LLP.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Sambutan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza; Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan Pegawai-pegawai Kanan kerajaan. Manakala TUDM dihadiri oleh Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Arshad TUDM; Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuantan serta beberapa pegawai kanan TUDM dan kumpulan eksekutif PU Kuantan.

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 tahun ini membawakan tema "Malaysia Prihatin" diraikan dengan sederhana dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).