Kemaskini Terakhir: Sabtu,31 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 0971IMG 0972IMG 0973IMG 0979IMG 0981

 

SUBANG, 28 Ogos 20 – Pusat Kawalan Lalulintas Udara TUDM (PUKALUB Subang) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (PBPAM) telah mengadakan perbarisan bagi meraikan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 63. Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah PUKALUB Subang, Lt Kol Mohamad Zain bin Daud TUDM bersama Timbalan Pengarah Kawalan Lalulintas Udara Kuala Lumpur, Encik Rohdizat bin Ariffin selaku wakil (PBPAM).

Disamping menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan, perbarisan ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik serta semangat cintakan negara dalam kalangan warga PUKALUB Subang dan PBPAM khususnya.