Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 09 02 at 01.24.14WhatsApp Image 2020 09 02 at 01.24.16WhatsApp Image 2020 09 02 at 01.41.21WhatsApp Image 2020 09 02 at 01.41.14WhatsApp Image 2020 09 02 at 01.41.29WhatsApp Image 2020 09 02 at 01.24.03

LUBNAN, 31 Ogos 2020 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 pada 31 Ogos 2020, UNP 2-1 Kem Ma'rakah, Selatan Lubnan turut menyemarakkan sambutan dengan mengadakan perarakan kontinjen-kontinjen yang sedang bertugas dalam Misi Pengaman MALBATT (Malaysian Battalion) 850-7.

Seramai 90 orang Kontinjen dari TUDM telah terlibat menjayakan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan yang diketuai oleh Mej Mohd Fadhli bin Ismail TUDM. Kontinjen perarakan terbahagi kepada lapan (8) Kontinjen yang didahului Kontinjen Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Kontinjen Wanita, Kontinjen Pasukan Khas, Elemen Tempur, Elemen Bantuan Tempur dan Kontinjen Elemen Bantuan Khidmat. Perarakan kontinjen dan aset-aset MALBATT 850-7 disaksikan oleh Peg dan Anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tetamu jemputan.

Seterusnya, sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 diakhiri dengan jamuan ringan dan pemotongan kek bersama Peg dan Anggota di Dewan Jun Sang, UNP 2-1 Kem Ma'rakah.