Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

photo 2020 09 07 08 24 49 3photo 2020 09 07 08 24 49photo 2020 09 07 08 24 51photo 2020 09 07 08 24 48

BANDUNG, 4 Sep 20 – Program naik taraf pesawat Maritime Surveillance Aircraft (MSA) di bawah Maritime Security Initiative (MSI) bagi pesawat CN235-220M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dimulakan apabila Majlis Serah Menyerah Pesawat CN235-220M secara rasminya ditandatangani di antara Tentera Udara Diraja Malaysia yang diwakili oleh Mej Jaffar bin Mohamed Taib TUDM dan PT Dirgantara Indonesia (PTDI) yang merupakan Original Equipment Manufacturer (OEM) bagi pesawat CN235-220M.

Terdahulu pada 2 September 2020, pesawat ini telah diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang dan diketuai oleh Juruterbang Mej Emy Hazrie bin Norazmy TUDM, pembantu juruterbang Kapt Muhammad Azri bin Mohamed Khir TUDM serta krew kabin F/Sjn Nurul Hazmil bin Ghazali. Pesawat telah selamat tiba di Lapangan Terbang Hussein Sastranegara, Bandung pada hari yang sama.

Proses induksi pesawat ini diketuai oleh Bahagian Kejuruteraan No 1 Skuadron yang diketuai oleh Lt Muhammad Syahmin bin Sufendi TUDM bersama F/Sjn Wahab bin Abdul Majid bertujuan bagi memeriksa kebaikan dan prestasi pesawat sebelum pesawat ini dinaik taraf kepada Maritime Surveillance Aircraft (MSA).

Pelaksanaan program naik taraf pesawat ini yang berkeupayaan melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance & Reconaissance ISR yang akan memberi satu impak yang besar kepada kedaulatan dan keselamatan ruang perairan negara dengan keupayaan pesawat selaras dengan teknologi yang terkini yang akan digunapakai kelak serta pelan strategik yang dirangka oleh TUDM pada masa hadapan. Syabas dan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat.