Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200909 WA0015IMG 20200909 WA0016IMG 20200909 WA0020IMG 20200909 WA0021IMG 20200909 WA0009

SUBANG, 7 Sep 20 - Pangkalan Udara Subang telah menerima kunjungan hormat daripada deligasi Jabatan Perangkaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Selangor, En Muhammad Amri bin Idris kepada Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM.

Sejurus selesai sesi kunjungan hormat tersebut, pihak pangkalan telah bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Negeri Selangor untuk mengadakan Taklimat Tatacara Pengisian Sistem Bancian Malaysia 2020 menggunakan sistem e-Census.

Taklimat yang dilaksanakan secara Norma Baharu PKPP telah dihadiri oleh semua wakil setiap Markas, Skuadron, Cawang, Unit Lojer serta penghulu-penghulu di dalam Pangkalan ini.