Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0210DSC 0207DSC 0231

GONG KEDAK, 9 Sep 2020 – Pegawai Memerintah No 12 Skn, Lt Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM telah merasmikan Majlis Pembukaan Kursus Aircrew Ground Phase Pesawat SU-30MKM Siri 26/2020 yang diadakan di Sekolah Sistem SU-30MKM No 12 Skuadron.

Kursus yang bermula dari 9 Sep hingga 20 Okt ini disertai seramai enam (6) orang juruterbang yang baru bertukar masuk ke No 12 Skn. Kursus persediaan peralihan pesawat SU-30MKM ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa Kajian Bawah dan Fasa Penerbangan.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Flait Kejuruteraan No 12 Skn, Lt Kol Suhardi bin Mohd Daud TUDM dan Pegawai Kajian Bawah No 12 Skn, Mej Noor Azuan bin Abdullah Halim TUDM.

Sepanjang kursus ini berlangsung semua penuntut kursus, penyelia serta staf Sekolah Sistem SU-30MKM No 12 Skuadron diwajibkan memakai topeng pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial bagi mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).