Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200910 WA0065IMG 20200910 WA0064

SUBANG, 10 Sep 2020 - Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas yang melibatkan perjawatan PS 1 Sistem Grup C dan PS 2 Tadbir. Serah terima tugas PS 1 Sistem Grup C adalah di antara Lt Kol Rozlan bin Maddiah TUDM dan Lt Kol Sang Yew Leung TUDM. Seterusnya, majlis diteruskan dengan serah terima tugas PS 2 Tadbir di antara Mej Faisal bin Yazan TUDM dan Mej Zakeman bin Abdul Ghani TUDM.

Majlis yang diadakan di Auditorium MPBU telah disaksikan oleh Ketua Staf MPBU, Brig Jen Ir. Mohamad Razip bin A. Samad TUDM serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai MPBU.

Lt Kol Rozlan bin Maddiah TUDM akan bertukar keluar ke DGTA, manakala Mej Faisal bin Yazan TUDM akan mula bercuti dan seterusnya menamatkan perkhidmatan. Seluruh warga MPBU merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan serta tahniah diucapkan kepada Lt Kol Sang Yew Leung TUDM dan Mej Zakeman bin Abdul Ghani TUDM di atas pertukaran ke atas jawatan yang baharu.