Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 9130IMG 9155IMG 9178IMG 9267

NILAI, 11 Sep 20 – MTU Bahagian Materiel telah menganjurkan Bengkel Materiel Working Group (MWG) Siri 2 tahun 2020 pada 8 hingga 11 Sep 20 melibatkan seramai 64 peserta terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pegawai Materiel di Nilai Springs Resort Hotel, Nilai.

Bengkel ini merupakan satu platform yang diwujudkan bagi membangunkan dasar baru serta menyemak dan menambahbaik prosedur Materiel sedia ada. Pada sesi kali ini lima (5) kumpulan dilantik bagi membangunkan, mengupas dan memperincikan 5 Teras Utama yang digariskan oleh AKS Materiel. Antara terasnya adalah Keutamaan Terhadap Pelaksanaan Operasi TUDM, Sumber Manusia dan Pembudayaan, Penglibatan Strategik, Pemantapan Pengurusan Kewangan dan Kecemerlangan Proses.

Selaian itu, empat (4) kumpulan turut dilantik bagi menyemak serta menambahbaik dasar dan prosedur Materiel iaitu Pembangunan Sistem e-BAT J6, Modul Semakan dan Inventori SPKB (Barcoding), Semakan Kadar Sewaan dan Operasi Pesawat TUDM dan Semakan Tatacara Pembaikan Kenderaan Domestik TUDM.

Dikesempatan ini juga, Bahagian Materiel turut mengadakan Lembaga Kepakaran Materiel (LKM) Siri 1/2020 untuk meneliti, mempertimbangkan serta meluluskan dasar-dasar baru Materiel supaya ianya selari dengan keperluan semasa TUDM.

Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM selaku Pengerusi Lembaga Kepakaran Materiel telah hadir sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung dan turut disertai oleh Ketua Staf Khidmat MPBU dan Pegawai–Pegawai Kanan Materiel yang lain.