Kemaskini Terakhir: Sabtu,31 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1990DSC 2080DSC 2087DSC 2103DSC 2134DSC 2178

GONG KEDAK, 14 Sep 2020 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU), YBhg Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak sambil diiringi oleh Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta AKS Perancangan & Pembangunan, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM.

Ketibaan KSU bersama deligasi di Wisma Perwira telah disambut oleh PANGBAN, AKS P&P, Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM dan semua Eksekutif Pangkalan dan terlebih dahulu melalui saringan pemeriksaan suhu badan sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan penularan COVID-19.

Lawatan Kerja KSU ke PU Gong Kedak merupakan lawatan ulung beliau khususnya dalam membantu pangkalan mengatasi cabaran berkaitan kesiagaan dan isu-isu semasa pangkalan yang tidak dapat diselesaikan diperingkat pangkalan. Dalam rangka lawatan ini, KSU dan deligasi telah dibawa melawat ke MATRA 3. Disini beliau telah diberi taklimat tentang Sistem Penyimpanan dan Perolehan Automatik di MATRA 3.

DSC 2214DSC 2259DSC 2267DSC 2308DSC 2315DSC 2369

Selepas itu, beliau dibawa ke ATSC Sdn. Bhd. dan ketibaan deligasi disambut oleh Lt Kol (B) Dato’ Mohd Fadzar bin Suhada serta kakitangan ATSC. Beliau telah diberi taklimat mengenai status dan kemajuan pelaksanaan SLE/PRW Pesawat SU-30MKM oleh ATSC Sdn. Bhd. Seterusnya, beliau telah dibawa ke Hangar STC Cawang Kejuruteraan untuk melihat sendiri pesawat dalam senggaraan dan perlaksanaan SLE/PRW. Ketibaan KSU dan Deligasi telah disambut oleh Ketua Cawang Kejuruteraan, Lt Kol Nor Mizan bin Md Nor TUDM serta anggota Cawang Kejuruteraan dan wakil dari Syarikat ATSC Sdn Bhd.

Lawatan diteruskan dengan meninjau ke kawasan TS, OLA dan ORP sebelum meninjau keadaan permukaan landasan (runway) yang memerlukan perhatian untuk dibaiki dan disenggarakan. Lawatan Kerja KSU Kementerian Pertahanan diteruskan ke Skn 321. Ketibaan beliau disambut oleh Pemangku Pegawai Memerintah Skn 321, Mej Mohd Zulfadli bin Mahadi TUDM dan warga Skn 321. Beliau telah diberikan taklimat mengenai status kesiagaan pengoperasian semasa Skn 321. Sebelum ke Wisma Perwira untuk Jamuan tengahari, KSU dan deligasi mengambil peluang untuk berhenti Laman Puteri bagi menikmati pemandangan indah Pangkalan Udara Gong Kedak.