Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200918 WA0028IMG 20200918 WA0032IMG 20200918 WA0034

GONG KEDAK, 18 Sep 2020 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ATM Ke-87 dan solat Jumaat di Masjid Ar-Raudhah PU Gong Kedak.

Khutbah Jumaat yang bertajuk “Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama” telah dibacakan oleh Pegawai Agama Pangkalan, Mej Ahmad Nasri bin Abdul Rahman. Antara intipati khutbah adalah mengajak jemaah semua untuk mensyukuri nikmat Kemerdekaan, Keamanan dan Kedaulatan negara yang tercinta agar terus berkekalan aman dan damai selama-lamaya.

Pada masa yang sama, mimbar juga menyeru ummah untuk tidak melupakan jasa serta semangat bakti pejuang negara yang berusaha bermandi darah berkorban nyawa mendapatkan kemerdekaan negara. Keberanian barisan anak bangsa sebagai pejuang negara ketika membela tanah air dari ancaman musuh dalam mempertahankan kedaulatan negara patut dicontohi.