Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

A1A2A3

KLANG, 22 Sep 20 – Panglima Bantuan Udara Mej Jen Dato’ Mohamad Norazlan bin Aris TUDM bersama isteri Datin Wan Nor Sazlina bt Wan Abd Shukor telah menziarahi Kpl U Muhammad Zulhilmy bin Ismail yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 13 Julai 2020. Anggota yang bertugas di Depoh Material Utama (DMU) Pangkalan Udara Subang kini dirawat di rumah keluarga beliau di Kg Delek, Klang.

Turut mengiringi lawatan adalah Pegawai Memerintah DMU, Kol Gopalan a/l Manickam TUDM serta pegawai dan anggota MPBU.

Panglima Bantuan Udara turut menyampaikan sumbangan kepada waris anggota terbabit. Seluruh warga MPBU mendoakan agar Kpl U Muhammad Zulhilmy bin Ismail kembali pulih seperti sedia kala.