Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 09 25 at 14.16.31 4WhatsApp Image 2020 09 25 at 14.16.31 5WhatsApp Image 2020 09 25 at 14.16.31 8WhatsApp Image 2020 09 25 at 14.16.31 9WhatsApp Image 2020 09 25 at 14.16.31 1

NILAI, 25 Sep 20 – MTU Bahagian Materiel telah menganjurkan Seminar Pegawai Kanan Materiel Tahun 2020 di Nilai Springs Resort Hotel, Nilai pada 23 hingga 25 Sep 20 melibatkan seramai 75 peserta terdiri daripada Pegawai Kanan Materiel, Ketua Cawang Materiel, Ketua MATRA, Ketua Terminal Peluru dan Pegawai – Pegawai Staf di peringkat Markas.

Seminar ini adalah merupakan satu platform untuk membentangkan Pelan Strategik Materiel yang meliputi 5 Teras Utama bagi mendukung Halatuju TUDM seperti mana digariskan oleh YBhg Panglima Tentera Udara. Pada sesi kali ini juga turut dibentangkan analisa pencapaian prestasi Materiel secara keseluruhannya berdasarkan pelaporan audit IGTU 2020 serta program – program pembangunan Materiel yang telah, sedang dan akan dibangunkan.

Dikesempatan ini juga, Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua Ketua Tim Pembangunan Teras Utama Materiel dan Ketua Tim Semakan dan Pembangunan Publikasi Materiel. Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta meneruskan segala usaha baik dalam memastikan Tred Materiel sentiasa cemerlang dan relevan.