Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

307214cd 2f2c 4da2 a29a 92f9a9bd949f37abfbb0 9216 414b 8826 a90e0f03a270359964df 9ae5 4edb 9e83 271ad459cd4a 

TG PENGELIH, 28 Sep 20 – Mesyuarat Operasi Benteng Laut Siri 1/20 bersama Ketua Gugus Tugas (KGT) Siri 5/20 telah berjaya dilaksanakan selama dua (2) hari mulai 27 hingga 28 Sep 20. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Laksma Yusne bin Mokhtar iaitu Timbalan Ketua Angkatan Tugas (TKAT) TLDM bertempat di Wisma Seri Bayu di KD SULTAN ISMAIL (KDSI).

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi mendapat maklumat serta isu-isu semasa setiap KGT serta mendapatkan maklumbalas terkini dari pihak LCC dan ACC. Ianya bertujuan bagi memperkuatkan kerjasasama semua agensi dalam mengekang masalah PATI serta anasir-anasir luar yang boleh mendatangkan ancaman kepada kedaulatan perairan negara.

Turut serta wakil ACC Barat yang diketuai oleh AKS A3 Markas Wilayah Udara 1, Lt Kol Ahmad Azrul TUDM serta dibantu oleh PS 2 Pejuang/ Maritim A3, Mej Mohd Ariffaizi TUDM dan PS 2 Angkut/ Maritim A5, Mej Azharudin TUDM.

Pada hari kedua, peserta telah diberi peluang untuk membuat lawatan ke Pangkalan Abu Bakar Maritim (ABMB) di Pulau Batu Tengah bagi melihat sendri infrastruktur yang ada di situ. Peserta juga telah diberikan taklimat oleh Ketua Detasmen ABMB sepanjang lawatan itu berlangsung. Perkara seperti ini diharap akan dapat diteruskan lagi supaya dapat merapatkan hubungan di antara pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan agensi keselamatan yang lain dalam menjadikan pasukan keselamatan dibawah NTF membentuk satu pasukan yang kuat hasil kerjasama yang jitu ditunjukkan.