Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

GONG KEDAK, 29 Sep 2020 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Latihan Kemalangan Pesawat Sukhoi SU-30MKM di Luar Pangkalan (Off Base Pre –Accident Plan). Latihan tahunan ini bertujuan bagi memastikan kesiapsiagaan dan langkah yang perlu diambil oleh semua pihak yang terlibat sekiranya kemalangan pesawat benar-benar berlaku serta mengenalpasti dan menambahbaik operasi menyelamat mangsa.

1011

Simulasi kemalangan bermula pada jam 1145H di mana pesawat Sukhoi SU-30MKM dari No 12 Skuadron telah mengalami masalah kerosakan pada kedua-dua enjin ketika berlepas dari PU Gong Kedak. Pesawat tersebut tidak dapat dikawal dan terhempas di atas kawasan perkampungan Gong Manok, Kuala Besut Terengganu dan telah menyebabkan 10 orang kampung dan 2 juruterbang menjadi mangsa.

Latihan tersebut telah melibatkan pasukan Tim Atur Cepat (TAC) dari Skuadron 212 HANDAU, Anggota Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pasukan Bomba Pangkalan, Combat Search And Rescue (CSAR) dan pesawat EC725 dari Detasmen SAR No 10 Skuadron. Turut terlibat dalam latihan tersebut adalah agensi-agensi luar iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Pasir Puteh, Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kampung Raja, PDRM Pasir Puteh dan Hospital Besut.

891213

Pasukan Penilai yang diketuai oleh Ketua Cawang Operasi, Lt Kol Wan Mohd Firdaus bin Wan Mohd Daud TUDM, Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Wan Muhammad Razlan bin Wan Abdul Razak TUDM dan Kapt Mohamad Hafiz bin Zainol Abidin TUDM telah dilantik bagi memastikan perlaksanaan latihan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Turut hadir memantau perlaksanaan latihan adalah Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM yang juga selaku On Scene Commander (OSC) keseluruhan latihan tersebut. Latihan telah berjalan lancar dan tamat pada jam 1430 dengan diakhiri dengan sesi taklimat balas di Wisma Perwira PUGK bagi tujuan pembelajaran dan penambahbaikan kepada prosedur semasa.