Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4095DSC 4099DSC 4104DSC 4150DSC 4160DSC 4164

GONG KEDAK, 30 Sep 20 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah melaksanakan program derma darah bagi membantu pihak hospital yang mengalami masalah kekurangan bekalan darah. Program ini merupakan inisiatif pihak pangkalan dan HUSM dalam membantu mereka yang memerlukan bersempena dengan sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke 87 yang disambut pada 16 Sep 20 yang lalu.

Program Derma Darah telah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak bermula pada jam 0900H hingga 1500H yang melibatkan 2 Pegawai Perubatan, 15 Kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) serta anggota RSAT Pangkalan yang terdiri dari 1 Pegawai Perubatan dan 10 anggota LLP. Jumlah pendaftaran adalah seramai 101 orang yang terdiri daripada anggota pangkalan dan staf Tadbir Awam dan hanya 96 orang yang layak menderma darah.

Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM turut hadir bagi memantau program tersebut dan semua penderma diarahkan mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu serta bilangan penderma dihadkan masuk ke dalam dewan bagi mengurangkan kesesakan dan risiko jangkitan Covid 19.

Pihak Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TUDM amnya serta Pangkalan Udara Gong Kedak khasnya terhadap sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat.