Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 10 01 at 10.53.48WhatsApp Image 2020 10 01 at 10.54.13WhatsApp Image 2020 10 01 at 10.54.18WhatsApp Image 2020 10 01 at 10.54.21

KUALA LUMPUR, 1 Okt 2020 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada tiga (3) orang pegawai berpangkat Kapt TUDM yang dinaikkan pangkat ke Mej TUDM di Bilik Mesyuarat Rajawali, Markas Tentera Udara.

Pegawai yang dinaikkan pangkat ialah Kapt Mohamadatul Shawalee bin Moin TUDM yang akan memegang jawatan sebagai PS 2 Dasar, Kapt Lailatun Mazni binti Zakaria TUDM memegang jawatan sebagai PS 2 Hospitaliti dan Kapt Muhammad Khairun Naim bin Anas TUDM yang akan memegang jawatan sebagai PS 2 BAKAT. Upacara pemakaian pangkat turut disaksikan Pengarah Perkhidmatan, Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM Cawangan Tadbir.

Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada Mej Mohamadatul Shawalee bin Moin TUDM, Mej Lailatun Mazni binti Zakaria TUDM dan Mej Muhammad Khairun Naim bin Anas TUDM di atas kenaikan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat tersebut akan menjadi inspirasi untuk terus meneruskan kecemerlangan Cawangan Tadbir khususnya dan menjadi motivasi kepada pegawai yang lain.