Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG E7384IMG 7058IMG 7356IMG E7063

 

PORT DICKSON, 25 Sep 20 – Markas Tentera Udara, Bahagian Perkhidmatan telah menganjurkan Seminar Pegawai Kanan Cawangan Tadbir Tahun 2020 bertempat di Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan bermula 23 hingga 25 Sep 20. Seminar ini telah dihadiri seramai 30 orang pegawai kanan yang terdiri daripada pegawai kanan Cawangan Tadbir, PS 1 Tadbir di markas pemerintahan serta Ketua Cawangan Tadbir di pangkalan-pangkalan TUDM.

Objektif penganjuran seminar kali ini adalah bagi membentangkan perkara-perkara berkaitan Parennial issue berkaitan disiplin, masalah penyalahgunaan dadah, masalah sosial, penderaan, judi dan jenayah di Pangkalan/Unit serta mewujudkan pelan tindakan dalam menangani “parennial issue” tersebut, memperkukuhkan organisasi Cawangan Tadbir di pangkalan dan fungsi skuadron dan unit selaras dengan keperluan semasa serta membincangkan langkah-langkah penambahbaikan Cawangan Tadbir.

Penganjuran seminar ini adalah antara platform bagi pemantauan prestasi dan penyampaian maklumat kepada peringkat pelaksana bagi menentukan pematuhan arahan dan dasar-dasar baharu perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Melalui seminar ini juga, percambahan idea dan sesi perbincangan dilaksanakan bagi memperkasakan Cawangan Tadbir khususnya dalam memberikan perkhidmatan urus tadbir yang efisien dan efektif untuk TUDM.