Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4276DSC 4287DSC 4288DSC 4300DSC 4332DSC 4375

GONG KEDAK, 1 Okt 2020 - Seramai 201 Pegawai dan Anggota LLP Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) telah terlibat dengan Kajian Moral ATM di Dewan Puteri PUGK. Kajian ini dikendalikan oleh Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dan dibantu oleh Jawatankuasa Sekuriti Pangkalan Udara Gong Kedak.

Tujuan Kajian Moral ini adalah untuk mengenalpasti tahap moral, tahap patriotisme dan juga tahap keyakinan warga ATM di Pangkalan Udara Gong Kedak khususnya. Selain itu juga, kajian ini adalah salah satu cara untuk mengenalpasti isu-isu yang melemahkan warga ATM. Hasil kajian kelak akan dibuat panduan bagi merangka penambahbaikan yang sesuai untuk meningkatkan lagi moral warga ATM.

Semua yang hadir telah diwajibkan membuat pemeriksaan suhu serta memakai pelitup muka serta penjarakan sosial bagi mengelakkan risiko jangkitan penyakit dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) COVID 19 yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM serta Pegawai Eksekutif Udara Gong Kedak turut terlibat dalam pelaksanaan Kajian Moral ATM.