Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

37381320420307265358405994944

BANDUNG, 2 Okt 20 – Tentera Udara Diraja Malaysia sekali lagi telah menghantar pesawat kedua bagi naik taraf pesawat Maritime Surveillance Aircraft (MSA) di bawah program Maritime Security Initiative (MSI) bagi pesawat CN235-220M. Pesawat tersebut yang berpangkalan di No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching telah menjangkau usia 20 tahun sejak mula beroperasi dari tahun 1999.

Pesawat yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang pada 30 Sep 20 yang lalu oleh Mej Mohamad Hafiz bin Shamsudin TUDM, dibantu oleh Kapt Saifullizan bin Yusuf TUDM selaku pembantu juruterbang serta Sjn U Nur Azwan Afendi bin Ariffin sebagai Kuatermaster Udara telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Hussein Sastranegara, Bandung.

Proses induksi dilaksanakan oleh pegawai kejuruteraan No 1 Skn Lt Muhammad Syahmin bin Sufendi TUDM dan dibantu oleh Juruteknik No 1 Skn FSjn Nazeri bin Bujang dan serah menyerah pesawat secara rasmi di antara pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan PT Dirgantara Indonesia (PTDI) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sebelum pesawat ini diteruskan bagi program naik taraf Maritime Surveillance Aircraft (MSA).

TUDM juga telah menghantar 2 pegawai yang diketuai oleh Mejar Raja Ismail Fahmi bin Raja Ibrahim TUDM dan Mej Jaffar bin Mohamed Taib TUDM yang berperanan sebagai Field Technical Representative (FTR) bagi menjayakan program naik taraf ini.

Terdahulu pada 2 Sep 20, TUDM telah menghantar pesawat CN235-220M yang pertama di bawah program naik taraf yang sama. Syabas dan sekalung penghargaan diucapkan kepada krew serta wakil TUDM yang terlibat.