Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 10 07 at 20.03.10WhatsApp Image 2020 10 07 at 20.03.09WhatsApp Image 2020 10 07 at 20.03.08WhatsApp Image 2020 10 07 at 20.03.06WhatsApp Image 2020 10 07 at 20.03.05

SELANGOR, 7 Okt 2020 – Pengarah Kesiagaan Operasi (JKO), Kol Azman bin Taib TUDM telah merasmikan pembukaan Seminar Kuatermaster Udara Dan Pramugari Tahun 2020 manakala perasmian penutup seminar pula telah disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM yang diadakan di Hotel Best Western I City,Shah Alam.

Seminar yang berlangsung selama tiga hari (3) bermula 5 Oktober hingga 7 Oktober 2020 merupakan seminar tahunan bagi perjumpaan Kuatermaster Udara dan Pramugari TUDM. Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan anggota KU/Pra tentang informasi-informasi terkini berkaitan perancangan pembangunan TUDM serta perancangan pembangunan anggota KU/Pra agar ianya selari dengan kehendak perkhidmatan. Seminar ini dihadiri oleh Ketua-ketua Kuatermaster Udara, Ketua-ketua Pramugari, Jurulatih-jurulatih KU/Pra, anggota-anggota KU/Pra dari skuadron-skuadron penerbangan dan anggota-anggota staf yang masih berkhidmat di dalam TUDM.

WhatsApp Image 2020 10 07 at 20.03.04WhatsApp Image 2020 10 07 at 20.03.02WhatsApp Image 2020 10 07 at 20.02.59WhatsApp Image 2020 10 07 at 20.02.56

Dalam seminar ini juga berlangsungnya Mesyuarat Tahunan KU/PRA bagi Tahun 2020 yang telah dipengerusikan oleh Kol Azman bin Taib TUDM (JKO). Antara intipati mesyuarat ialah meluluskan minit mesyuarat yang lepas, membincangkan perkara-perkara berbangkit dan hal-hal lain.

Satu sesi dialog bersama Panglima Operasi Udara turut diadakan sebelum beliau merasmikan upacara penutup pada hari ini. Pelbagai persoalan serta cadangan telah disuarakan kepada Panglima Operasi Udara. Segala cadangan yang disuarakan akan dibawa ke peringkat seterusnya.

Aktiviti-aktiviti lain yang juga telah dijalankan adalah ceramah daripada MTU-BOS yg bertajuk Perancangan Pembangunan Keupayaan TUDM (CAP55), ceramah daripada MTU-CPM yang bertajuk Permasalahan Disiplin Anggota LLP TUDM dan ceramah daripada Pegawai Waran TUDM,Keberkesanan SNCO Empowerment dalam TUDM.