Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2325DSC 2353DSC 2362DSC 2416DSC 2434

SUBANG, 8 Okt 20 - Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Perbarisan Komander Pangkalan bertempat di Padang Kawad Pangkalan yang dihadiri oleh semua ‘Key Personnel’ Pangkalan, pegawai-pegawai, anggota LLP serta anggota kakitangan awam yang berkhidmat di pangkalan ini.

Perbarisan ini diketuai oleh Mej Asharudin bin Mohd Noor TUDM dari No 2 Skuadron dan berkekuatan seramai 5 orang pegawai dan 108 anggota LLP di dalam medan perbarisan yang dilaksanakan mengikut norma baharu di dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

DSC 2440DSC 2444DSC 2456DSC 2473DSC 2478DSC 2486

Pada perbarisan kali ini turut dilaksanakan majlis pemakaian pangkat oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM kepada seorang pegawai dan 45 anggota LLP daripada setiap skuadron dan cawang di pangkalan. Disamping itu, perbarisan kali ini turut diserikan dengan majlis penyampaian beberapa sijil penghargaan dan wang saguhati kepada wakil-wakil skuadron, cawang dan wakil RKAT di pangkalan ini atas kejayaan masing-masing.

Penerima-penerima sijil penghargaan adalah seperti berikut:
1. No 2 Skuadron - Johan Bidang Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikan sempena Majlis Anugerah Inovasi TUDM tahun 2020.
2. Cawang Kejuruteraan - Tempat Ketiga Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penciptaan sempena Majlis Anugerah Inovasi TUDM tahun 2020.
3. Fleet Kenderaan - Naib Johan Anugerah Stereng Emas Fleet Kenderaan Terbaik sempena Majlis Anugerah Inovasi TUDM tahun 2020.
4. Cawang Kejuruteraan - Naib Johan Pertandingan Permentoran dan Kaunseling Peringkat Pangkalan tahun 2019.
5. No 22 Skudaron - Johan Pertandingan Permentoran dan Kaunseling Peringkat Pangkalan tahun 2019.
6. Penghulu RKAT F3 - Johan Pertandingan RKAT Pangkalan kategori Blok E / F.
7. Penghulu RKAT G8 - Johan Pertandingan RKAT Pangkalan kategori Blok G.

Pada perbarisan kali ini, Komander Pangkalan di dalam ucapanya telah menyatakan penghargaan beliau kepada semua warga pangkalan ini yang terus menerus memberikan komitmen yang jitu kepada beliau sepanjang meneraju pangkalan ini. Beliau turut berterima kasih kepada semua warga pangkalan sama ada daripada skuadron-skuadron penerbangan mahupun elemen-elemen bantuan di pangkalan ini yang telah bersama-sama berganding bahu melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada negara tercinta seperti penglibatan secara lansung selaku petugas barisan hadapan di dalam penugasan OP PENAWAR dan OP BENTENG sejak Perintah Kawalan Pergerakan diaktifkan mulai 18 Mac 20 yang lepas akibat penularan wabak COVID-19.

Disamping itu, Komander Pangkalan turut mengingatkan kembali semua hadirin berkenaan konsep pentadbiran yang beliau terapkan di dalam memacu pangkalan ini iaitu peranan dan tanggungjawab middle managers, penekanan kepada tahap disiplin yang tinggi di dalam kalangan semua warga pangkalan, bergerak sebagai satu pasukan (team work), meneruskan tahap profesionalisma dan budaya kecemerlangan sedia ada dan juga penghayatan kepada lima teras utama TUDM.