Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8872DSC 8886DSC 8911DSC 9042DSC 9114

BUKIT IBAM, 8 Oktober 2020 - Pertandingan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) LLP TUDM Tahun 2020 telah memasuki pemeriksaan fasa ketiga iaitu RKAT Kawasan Pantai Timur yang meliputi RKAT PU Gong Kedak, RKAT PU Kuantan dan RKAT SLTT TUDM bermula pada 6 Oktober 20 hingga 8 Oktober 20.

Tim penilai yang diketuai oleh Lt Kol Hasma Hisham bin Mohd Hassan TUDM telah meyampaikan hasrat pihak atasan berhubung tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menilai pengurusan RKAT oleh pangkalan dalam membudayakan penghuni agar menerapkan sikap kejiranan yang tinggi melalui kerjasama dalam menjaga kebersihan, keselamatan RKAT dan mewujudkan keceriaan melalui kreativiti,inovasi serta inisiatif masing-masing.

DSC 9184DSC 9214

Secara tidak langsung perkara tersebut bukan sahaja dapat melindungi kesihatan anggota dan ahli keluarga malahan ianya juga dapat meningkatkan motivasi anggota ditempat kerja apabila tempat tinggal yang didiami bersih, ceria dan selamat untuk diduduki.