Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 4d663ca9 1251 44f5 9bae d3babb488bae40aa0bbf 3a54 49b9 950c 1623b4586804556c5ddd 79af 4e94 93de 7304a196b128ba1f3bf8 d280 4bd7 8e2e 525962042742bc0b44f7 5a45 4dad 8d9a 562f9ac3d387fbd74457 110a 4594 99a8 98eeeeb7d126

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan penerbangan membawa peralatan perubatan dan “Personal Protective Equipment (PPE)” ke negeri Sabah. Antara barangan yang dihantar adalah melibatkan “Isolation Gown, Faceshield, Disposable Hood dan Coverall” serta beberapa peralatan perubatan yang diperlukan bagi menampung keperluan pusat kesihatan di negeri tersebut di dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Penghantaran yang menggunakan pesawat angkut jenis C130H dari No. 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang ini turut membawa pulang "Sample ujian Covid-19” daripada Labuan, Kota Kinabalu dan Tawau untuk dihantar ke makmal-makmal di Semenanjung Malaysia bagi dilaksanakan ujian terhadap sampel-sampel tersebut.

Pada 10 Oktober 20, Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam kenyataan rasmi menyatakan keperluan sokongan daripada ATM bagi membantu kerajaan terutamanya KKM bagi menangani situasi di Sabah berikutan jangkaan peningkatan Covid-19 di negeri tersebut. Ini termasuklah dari TUDM bagi bantuan melaksanakan penerbangan ke Sabah bagi membantu KKM dalam urusan logistik termasuk membawa kakitangan perubatan serta membawa sampel saringan “swab test” ke makmal di Semenanjung Malaysia.

Penerbangan semalam telah dikendalikan oleh Mej Zikri TUDM serta dibantu oleh Kapt Syukri TUDM selaku pembantu juruterbang. Anak kapal lain yang turut terlibat adalah Jurutera Penerbangan, Mej Khairi TUDM; Jurumalim, Kapt Firdaus TUDM serta 2 Loadmaster iaitu FSjn Shahzuwan dan Sjn U Hanif. Semoga usaha yang dilaksanakan oleh kumpulan barisan hadapan dan semua pihak sama ada secara langsung atau tidak dapat membantu negara di dalam usaha memerangi penularan wabak berbahaya tersebut. TUDM sentiasa bersiap sedia sebilang masa dan akan terus komited di dalam membantu negara dalam urusan logistik ketika negara kini sedang berhadapan dengan krisis kesihatan global.