Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123456798101112

KUANTAN, 13 Okt 20 - Eks PARADISE 7/20 hari ini melaksanakan latihan CDS (Container Delivery System) dan LCLA (Low Cost Low Altitude). Ianya merupakan latihan pertama selepas pembukaan Eks PARADISE 7/20 yang disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM pada 12 Okt 20.

Latihan ini telah melibatkan pesawat pengangkut TUDM iaitu 2 pesawat C130H dan sebuah pesawat CN235. Dengan kecekapan dan kemahiran yang ada pada anak kapal telah memastikan latihan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya di lokasi guguran udara yang telah ditetapkan.

Objektif latihan ini bertujuan untuk mengkoodinasikan elemen penghantaran bekalan makanan, perubatan, persenjataan dan elemen penyusupan pasukan ke lokasi operasi melalui udara.