Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20201014 WA0000

GONG KEDAK, 13 Okt 2020 – Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara (Seksyen Latihan Peralihan) dengan kerjasama Sel Latih Pangkalan telah menganjurkan Forum Khidmat Nasihat Persaraan khusus buat bakal pesara warga PU Gong Kedak.

Kesemua bakal pesara yang hadir adalah seramai 10 pegawai dan 90 anggota LLP. Peserta berpeluang mendengar taklimat daripada Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT), Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Koperasi Tentera dan Bank Muamalat berkaitan dengan urusan persaraan.

Di sini peserta didedahkan makluman awal tentang pengurusan kewangan setelah menamatkan perkhidmatan serta diberi penjelasan tentang cara pengiraan faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR).