Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

121464238 3460055997415355 5533405611135933425 o121485207 3460056164082005 7665703875545365944 o 1121485207 3460056164082005 7665703875545365944 o121663037 3460056610748627 5822855296548261429 o121677479 3460056520748636 7770911874353020489 o

Satu lagi penerbangan dilaksanakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membawa peralatan perubatan ke Sabah menggunakan pesawat angkut A400M, hari ini.

Antara peralatan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterbangkan pada pagi tadi dari Pangkalan Udara Subang ke Kota Kinabalu adalah "Standard Q Covid-19 AG Test, Oxygen Regulator, Plateket Apheresis Collection dan Welding Wafet Set".

Selain itu, TUDM turut membantu KKM membawa sampel saringan "swab test" Covid-19 dari Labuan, Kota Kinabalu dan Tawau untuk ujian sampel saringan tersebut di makmal semenanjung.
Penerbangan hari ini telah dikendalikan oleh Mej Khairul Ikhmal bin Ishak TUDM serta dibantu oleh Kapt Syahmi bin Nazri TUDM selaku pembantu juruterbang. Anak kapal lain yang turut terlibat adalah FSjn Norfadzley, Sjn U Nohd Nain, Sjn U Mohd Faid Azrul Hafiz dan LUK (W) Nurul Azwani.

TUDM akan melaksanakan lagi beberapa penerbangan di dalam menghantar bantuan logistik dan peralatan perubatan terutamanya ke negeri Sabah. Semoga usaha sama diantara TUDM, KKM serta agensi-agensi lain dapat membantu negara dalam membendung penularan gelombang ketiga pandemik Covid-19.